Categories: HiburanSelebriti

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

Berita baik untuk penggemar muzik rock tanah air! Kumpulan PRIME DOMESTIC yang dibarisi pemuzik terkemuka Joe, Hillary Ang, Fauzi, Ainoll dan Aweera selaku vokalis bakal menggegarkan pentas terbuka Oasis Square, Damansara, Sabtu ini (9 Disember 2017)

Konsert PUBLIC DISTORTION 2017 ini turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan rock lagenda XPDC diiringi rangkaian lagu popular mereka.

Nampaknya, sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Kejutan tak terhenti di situ sahaja, konsert selama tiga jam ini bakal menjadi sejarah yang kekal diingati ! Kehadiran Raja Rock Amy Search sebagai jemputan khas pada malam itu bakal membuatkan anda ‘headbanging’ sepanjang konsert berlangsung. 

So guys, kalau korang pengikut tegar PRIME DOMESTIC, XPDC dan Amy Search, malam Sabtu ini kita yang punya! Untuk pembelian tiket layari laman web www.ilassotickets.com atau hubungi talian 03- 2170 6333. 

Pembelian tiket berharga RM 68 juga boleh dilakukan di ILasso Tickets Sdn Bhd B13-11, Level 13, Tower B, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

SGMS Enal