“Perangai Elok Sikit Cb! Selalu Yang Kepam Banyak Bunyi,” – Luah Rasa Berang, Ben Amir Tuju Pada Siapa Tu?

Pelakon, Ben Amir mengejutkan ramai selepas memuat naik ciapan seakan meluahkan rasa geram terhadap seseorang.

Menerusi ciapan tersebut, Ben berkata individu yang berbadan bau ‘kepam’ yang sering berlebihan dalam berkata-mata.

Dalam hantaran sama, Ben turut memberi teguran agar individu tersebut memperbaiki perangainya.

“It’s always the kepam ones yang banyak bunyi. Perangai tu elok sikit cb,” katanya di platform X (Twitter).

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan Ben itu meraih perhatian ramai yang terkejut melihat aktor drama komedi Honey-Moon itu emosi.

Malah, ramai yang menganggap Ben terlupa untuk menukar akaun X umumnya kepada akaun lain.

“Alamak, terlupa nak switch akaun ke?” tulis netizen.

“Salah akaun ke ni?,” kata netizen lain.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons oleh Ben berhubung ciapan tersebut.

Artikel Berkaitan: “Tapi Hati-Hati, Bila Saya Dah Selesa…” – Dilabel Sombong & Berlagak, Ben Amir Pesan Hidup Kena Ada Pendirian!

Aqilah Paharuzi