[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan suaminya penyanyi asal Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dijalankan serba indah bertempat di Boathouse, Ampang pada Ahad malam itu dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh rakannya dikenali sebagai Ili Zuhair memaparkan Mizz Nina dan suaminya berarak masuk ke ruangan dewan kelihatan cantik berseri memakai busana berkonsepkan ‘minimalist’ serba putih.

Majlis perkahwinan Mizz Nina dan suami itu juga dihadiri oleh pasangan selebriti Lisa Surihani dan suami tersayang, Yusry Abdul Halim.

Menjengah ke ruangan komen video tular majlis persandingan mereka di platform TikTok, ramai yang teruja melihat senyuman Mizz Nina jelas terpampang indah.

Selain itu, ramai yang turut menzahirkan kata-kata doa agar perkahwinan mereka bahagia hingga ke Jannah.

@xtra_my

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰 #xtramy #fyp #mizznina #majlis #kahwin #resepsi #serba #putih #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pada 15 Jun lalu, Mizz Nina atau nama lengkapnya, Shazrina Azman, memaklumkan telah sah menjadi isteri kepada Essam dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat pada suku kedua tahun ini.

Untuk info, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Artikel Berkaitan: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

Artikel Berkaitan: Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berebut Anak, Noh Salleh Dedah 6 Bulan Harungi Tempoh Sukar Selepas Cerai Dengan Mizz Nina

Aqilah Paharuzi