Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

Tragedi menyayat hati dilalui remaja, Abdur Rahman, 19, yang kehilangan 6 sekeluarga serentak akibat kemalangan baru-baru ini amat merobek hati ramai pihak.

Abdur Rahman kehilangan ibu bapa, dan empat adik beradik dalam kemalangan berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Sabtu lalu.

Berita duka tersebut meraih perhatian ramai termasuk golongan selebriti yang terkesan atas ujian berat menimpa Rahman.

Tidak kurang juga aktres, Tiz Zaqyah yang berkesempatan untuk menziarah Rahman di Muar pada Isnin.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di platform X miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Rezeki dapat melawat adik
Rahman dekat Muar ni… Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semuanya untuk adik Rahman,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Tiz atas sikap prihatinnya.

Di ruangan Instagram Story, Tiz bersyukur niatnya untuk melawat Rahman akhirnya tercapai.

Sebelum ini, pengasas syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd bakal menaja pakej Umrah kepada Rahman.

Adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15 satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang meragut enam sekeluarga ini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

@nrlizzatisabri

Abang yg kuat masih menunggu kamu di sini. Doakan buat adik abdur rahman ya semua. Moga dikurniakan kesembuhan menemani abangnya disisi😭 #accidentsegamat #abdulrahman #jenazah6sekeluarga #fypシ゚viral

♬ Iramanya Bikin Kamu Merenung – Jonass Jasmin

Abdullah terselamat dalam kemalangan meragut nyawa ibu, Noorahimah Noor Muhamad, 43, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong.

Artikel Berkaitan: “Banyak Content Creator Lelaki Masak, Kau Je Muka Tembok Lepastu Bebal” – Tiz Zaqyah Berang Masih Ada Lelaki Suruh Isteri Duduk Dapur Memasak

Aqilah Paharuzi