Hiburan By: Syafiqa Irdina November 25, 2019 @ 5:30pm

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Pelakon cantik Risteena Munim yang baru-baru ini hangat bercinta dan bakal menamatkan zaman bujang pada November ini nampaknya tidak kesampaian apabila hubungannya bersama Ikhwan Khairuddin telah berakhir disebabkan Risteena berlaku curang. Betul ke?

Menjawab segala tuduhan netizen, aktres ini akhirnya tampil memberitahu dia tidak pernah bermain kayu tiga dan mengakui tiada jodoh antara mereka. Dan, Risteena juga memaklumkan bahawa hubungan mereka telahpun berakhir sejak bulan lalu.

“Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. Soal kenapa, biarlah hanya saya dan Ikhwan yang mengetahuinya. Mungkin ada yang menuduh saya curang, tetapi mereka tidak tahu di sebalik segala yang berlaku. Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami” tulisnya.
 

Walau bagaimanapun, kakak kepada pelakon manis Ruhainies ini semakin bahagia dengan kehadiran jejaka misteri yang bertakhta di hatinya kini.

 
 
 
View this post on Instagram

Setiap kisah cinta punya kisah yang berbeza. Namun aku percaya kisah cinta aku terlalu indah setelah kamu hadir dalam hidup aku. Kamu terlalu indah untuk aku. Sentiasa cuba bahagiakan aku tanpa jemu. Sentiasa menjadi yang terbaik untuk aku. Aku tidak perlu mendengar kata-kata orang tentang kamu kerna aku lebih mengenali kamu yang sekarang. Kerna aku percaya tidak ada yang sempurna di dunia ini. Setiap orang punya kekurangan, begitu juga kalian, begitu juga aku. Terima kasih kerana menerima kekurangan itu. Past is past. Kita tidak bisa berpatah balik untuk betulkan apa yang salah. Tapi kita bisa berusaha untuk masa depan yang lebih baik. Apa yang kita lalui, biar kita saja yang tahu. Tuduhan yang tidak baik bisa menjatuhkan kita, namun kita perlu bangun dengan semangat baru. Hidup perlu diteruskan. Keep on moving. Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Life is short. Hargai orang yang kamu sayang. Show love ? Terima kasih kerana bahagiakan aku. Moga kalian doakan yang baik-baik untuk aku dan dia? Video ini sempena Surprise Birthday celebration dari dia pada 19.11.19. Memori yang tidak akan dilupakan. I love you, cinta ❤️ #countingdays? Thank you @mystudio.kl & @surprise.dash for the lovely surprise birthday arrangement ?

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Beberapa video mesra antara Risteena dan Isa khan turut dimuat naik di laman sosial masing-masing. Dan, dengar khabar mereka berdua sedang sibuk menghitung hari perkahwinan mereka. Biar betul ni?

Apapun, semoga semuanya baik-baik sahaja buat Risteena dan juga pasangan okay!

Haa, kalau korang nak tahu tips tentang pasangan korang dan tips menempuh alam perkahwinan, bolehlah klik mahligaicinta.my 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

HANYA SETAHUN, HEFNY REDHA…

Peluang mengendalikan program itu biarpun semusim menjadi pengalaman berharga dan saya amat bersyukur…

Hiburan Thu, 3 Oct 2019
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

Hiburan Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

PENANG MURAL ARTIST BARRED FROM RETURNING TO MALAYSIA!

The genius behind the bicycle mural in Penang has surprisingly been barred from returning to Malaysia.

Featured Thu, 1 Sep 2022

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Wah! Welcome ‘Baby Merdeka’ 😍
Tahniah Mona Allen & Pekin

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

陈泽耀首战台湾漂移赛!逆转胜获新人赛季军

向来热爱赛车运动的阿哲(陈泽耀)在国庆日出发到台湾参加他人生首场国外飘移比赛,即便在最后的飘移动作有些许失误,可是仍逆转胜出获得新人赛季军,让他直呼「今年的国庆日超难忘」!