Perkhabaran Positif Pada Ulang Tahun Kelahiran, Ainul Mardhiah Kini Sudah Sedar!

Sebelum ini, kesihatan Ainul Mardhiah dimaklumkan dalam keadaan tenat sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kerana jangkitan kuman telah merebak ke seluruh badannya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Diserang Sawan Berulang Kali, Bapa Maklum Keadaan Ainul Mardhiah Makin Teruk – “Perit Tak Terucap Bila Tengok…”

Terkini, keadaan Ainul Mardhiah dilaporkan sudah sedar daripada ditidurkan dan tidak lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Perkhabaran tersebut dikongsi oleh bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 27 melalui sebuah hantaran di akaun Facebook selepas mendapat panggilan daripada PICU.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet senang hati dan bersyukur mendapat perkhabaran positif tentang keadaan Ainul Mardhiah.

Tambah, warganet terus-menerus mendoakan supaya Ainul Mardhiah kembali sihat seperti sedia kala.

Untuk makluman, hari ini juga merupakan hari kelahiran Ainul Mardhiah yang ke empat tahun.

     

Atiqah Johari