Mengaku Dibayar Puluhan Ribu, Ifa Raziah ‘Naik Hantu’ Bila Didakwa Bergelek di Majlis Akikah! Ini Penjelasan Sebenar Empunya Diri

Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah dikatakan ‘naik hantu’ apabila ada segelintir pihak yang menganggap tindakannya bergelek ketika majlis akikah berlangsung adalah kurang sopan.

Bagaimanapun, menurut penyanyi ini, aksi bergelek itu sebenarnya berlaku selepas majlis akikah berlangsung dan ia diikuti dengan majlis meraikan hari ulang tahun perkahwinanan rakannya yang juga penganjur majlis berkenaan.

“Sebenarnya akikah diadakan pada awal majlis iaitu ketika waktu  maghrib dan isya. Selesai acara akikah, acara ulang tahun perkahwinan pula berlangsung. Saya bergelek pun selepas persembahan nyanyian dari Liza Hanim.

” Lagipun saya penyanyi dangdut, takkan lah saya kena berdiri tegak. Lagipun sejak 27 tahun lalu, tarian gelek itu lah yang beri saya makan. Kalau tak siapa yang ank panggil saya buat persembahan,” katanya.

 

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustpha, 47, menolak dakwaan kononnya tariannya itu tidak menghormati majlis sehingga dianggap tidak sopan.

“Saya tak nampak yang aksi saya itu merosakkan majlis. Kerana semua ustaz dah balik. Tuan rumah sendiri yang pun tukar baju 2 kali. Lainlah kalau saya ni ustazzah kemudian saya bergelek boleh lah nak kecam,” jelasnya

Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program baharu TV3, Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama, pada Khamis.

Tambahnya lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang penyanyi kerana dibayar sebanyak RM20,000 untuk persembahannya pada malam itu.

 

Salma Syahbuddin