Kantoi Guna Gambar Orang! Selepas Menangis Nak Undur Diri Dari Media Sosial, Jejaka Ini Tampil Pecahkan Tembelang Aliff Syukri

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan pengunduran dirinya dari media sosial sambil menangis teresak-esak menerusi video yang dimuat naik pada Jumaat.

Walaupun sebab sebenar tindakan tersebut tidak diketahui, namun ada yang menganggap ia berpunca daripada muzik video terbaharunya bersama penyanyi Baby Shima yang dilabel sebagai lucah.

Malah, menerusi hantaran tersebut, Aliff ada memaklumkan yang beliau sebenarnya mengalami masalah mental.

 

Sementara itu, Aliff juga ada memuat naik beberapa foto termasuklah paparan skrin jumlah pengikutnya, penonton di setiap Insta Stories miliknya dan juga gambar pil berserta kapsyen yang mengundang rasa risau dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah, gambar pil yang dimuat naik oleh usahawan itu adalah milik orang lain.

Individu yang dikenali sebagai @naufalantezem memaklumkan, itu adalah gambar ubat-ubatannya yang pernah dimuat naik di laman Twitter pada tahun 2020.

Tiga jenis ubat itu bertujuan untuk melawan depresi, bipolar dan digunakan untuk tidur.

Menurut Naufal, dia kesal bukan kerana sikap Aliff Syukri yang mengambil gambar ubat-ubatan terbabit, tetapi dia kesal kerana Aliff mempermainkan perkara ini.

Meninjau reaksi ciapan terbabit, rata-rata warganet terkejut dan ada juga yang sudah muak dengan sikap yang ditunjukkan oleh usahawan selebriti itu yang dianggap sebagai ‘laparkan’ perhatian.

Salma Syahbuddin