Pernah Lalui Fasa Pahit, Hubungan Aliff Aziz & Bella Astilah Kini Ibarat ‘Pelangi Selepas Hujan’… Terharu Sambut Birthday ke-28!

Hubungan rumah tangga penyanyi terkenal Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah boleh diibaratkan seperti ‘pelangi yang muncul selepas hujan’ kerana sebelum ini, mereka pernah ditimpa ujian yang menjadi seluruh Malaysia.

Kisah gelap yang mereka alami sememangnya tidak mudah namun pujian harus diberikan kepada pelakon jelita itu kerana sangat tabah mengharungi segala ujian meskipun dihentam teruk oleh netizen ketika peristiwa pahit itu berlaku.

Wajarlah jika sehingga kini, Bella digelar sebagai isteri yang sangat taat kepada suami tercinta.

Terbaru, Bella memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang menunjukkan suasana sambutan hari jadinya yang dikelilingi oleh keluarga tercinta serta rakan baik di sebuah hotel mewah.

Menerusi hantaran tersebut, Bella memaklumkan bahawa suaminya, Aliff tidak pandai dalam membuat kejutan untuk hari istimewa namun pada kali ini, dia berjaya membuat isterinya menangis terharu. Cayalah Aliff!

“I’m touched beyond words. Alhamdulillah, thank you so much for the surprise Birthday Party baby @iamaliffaziz knowing that awak bukan pandai surprise-surprise ni tapi bila tahu awak plan semua ni Allahu I’m crying!

“Please know that saya hargai sangat-sangat B,” tulisnya di hantaran tersebut.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ daripada pengikutnya serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan Bella untuk sambutan yang ke-28 tahun.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang turut tumpang gembira melihat dua pasangan sejoli ini dan menyelitkan doa buat mereka sekeluarga, serta mengibaratkan kehidupan suami isteri ini ibarat pelangi selepas hujan yang begitu indah.

Sweet sungguh! Pasangan yang dahulunya ditimpa dugaan berat kini tampak sangat bahagia bersama keberadaan masing-masing di sisi.

Aqilah Paharuzi