“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Pelakon dan pengacara, Janna Nick akui tersinggung apabila sering menjadi mangsa ‘body shaming’ di media sosial.

Menurut perkongsian video di Instagram miliknya, Janna selama ini tidak mempedulikan kata-kata negatif netizen mengenai isu badannya namun dia tidak dapat menutup lagi perasaan kecil hati itu.

Penyanyi lagu Gatal ini pernah terfikir untuk menjalani pembedahan batriatrik atau pintasan perut (potong usus).

“Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk, paha besar. Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut.

Di dalam hantaran tersebut, Janna mengatakan dia tidak akan putus semangat dan akan buktikan yang dia mampu untuk menguruskan badannya.

Pada masa sama, Janna menegaskan kepada orang ramai agar berhenti mempersendakan penampilan fizikal seseorang atau ‘body shaming’.

“Aku harap orang yang tengok video aku, tolong stop body shaming orang lain. It’s not cool,” katanya.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Adeline Tsen, Raf Yaakob, Ardell Aryana dan ramai lagi turut memberikan kata-kata semangat buat Janna.

Maya Basir