Suasana Upacara Pemakaman Tangmo Nida Pilu, Teman Lelaki Hadir Bawa Kucing Kesayangan

Tragedi ngeri yang mengorbankan pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida sehingga kini masih mencetuskan spekulasi netizen, terutamanya selepas akaun Facebook milik mendiang tiba-tiba aktif dan mendedahkan bukti kejadian.

Meskipun jasad tidak dikandung badan, pemergian Tangmo sememangnya dirasai oleh peminatnya, malah berita mengenai kejadian misteri pelakon tersebut turut menarik perhatian media tempatan.

Susulan kematian pelakon tersebut, mayat Tangmo Nida kini selamat disemadikan (dibakar) dalam upacara pemakaman yang berlangsung di Gereja Metodis Rangsit pada Selasa.

Upacara pemakaman tersebut dihadiri oleh keluarga, rakan rapat dan teman lelaki Tangmo bernama Bird, turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, semasa upacara Bird membawa kucing-kucing peliharaan Tangmo telah mengundang sebak netizen.

Video yang berdurasi 35 saat itu meraih perhatian netizen yang turut meluahkan rasa simpati apabila melihat kucing-kucing mendiang dapat melihat tuannya buat kali terakhir.

“Kucing-kucing oleh hidu bau tuan dia. Kucing ada 7 sense. Kucing tahu itu mama Mo,” tulis seorang netizen.

Mendiang Tangmo dikatakan memakai baju kegemarannya buat kali terakhir iaitu dress labuh yang dipilih sendiri oleh ibunya, Panida Siriyuthayothun.

Artikel Berkaitan: Akaun FB Tangmo Nida Tiba-Tiba Aktif! Muat Naik Status Dedah Kejadian Sebenar – “Saya Tak Kemana.. Saya Didera Oleh..”

Aqilah Paharuzi