#Mentor7 : Persaingan Sengit Antara Protege Datuk Syafinaz Dan Aizat Amdan, Siapa Agaknya Pilihan Korang?

Mentor Musim Ketujuh menyaksikan dua nama besar dalam industri seni nyanyian iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Aizat Amdan tampil mempertaruhkan protege masing-masing pada konsert minggu kedua ini. 

Menampilkan protege Pasha dan Megat sebagai antara yang terawal membuat persembahan, nyata kedua-kedua protege Aizat Amdan ini mampu mencuri perhatian penonton dan juga juri. Membawakan lagu Aku Mau nyanyian Once, Pasha nampaknya begitu selesa dan confident terhadap persembahannya.

 

Sementara Megat pula membawakan lagu Menghujam Jantungku nyanyian asal Tompi ini, nyata bukan sahaja menarik perhatian  penonton tetapi juga Datuk Syafinaz Selamat. Keunikan Vokal dan persembahan yang bersahaja daripada Megat nyata membuatkan Mentor beliau tidak mensia-siakan bakat yang mereka ada dengan memilih kedua-dua protege ini untuk mara ke minggu seterusnya dalam konsert Mentor 7.

 

Manakala, bagi Mohd Faris Arif  Malek pula, dendangan lagu Sulit nyanyian asal Aiman Aziz ini bukan penyebab beliau tersingkir tetapi ini adalah lumrah program realiti nyanyian dan bagi Aizat Amdan sendiri, bakat Faris tidak akan berhenti disini kerana beliau sudah bersedia untuk dunia luar.

“Sebagai seorang mentor, saya akan buatkan lagu untuk dia serta akan terus mendorong beliau dalam industri  muzik. Dan, kepada yang terkeluar, ini hanyalah pertandingan, jangan down danjangan ambil hati, anda perlu terus berusaha kerana industri hiburan in sangat luas dan perlu diterokai.” Kata Aizat. 

Namun, bagi Syafinaz pula, beliau telah memilih Lazaraul dan Ranisha untuk mara ke peringkat setreusnya kerana kedua-duanya memiliki kriteria yang diinginkan beliau iaitu berani, mempunyai suara yang mantap serta memiliki individuality tersendiri. 

 

Pada konsert Mentor 7 semalam, Lazarul telah membawakan lagu dari R Kelly iaitu I Believe I Can Fly, manakala Ranisha pula membawakan lagu Lelaki Teragung nyayian Dayang Nurfaizah. Kedua-dua protege ini dilihat mampu memberikan persaingan sengit kepada Mentor Aizat Amdan pada malam tadi.

Jadi, kepada korang yang ketinggalan menyaksikan konsert Mentor 7 malam tadi, jangan risau, korang boleh tonton semula di Youtube TV3Malaysia Official dan juga jangan lupa undi protege kegemaran korang di www.xtra.com.my/mentor7 

Salma Syahbuddin