Categories: Eat TravelFeatured

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Sekarang ini orang ramai dah pandai buat ais krim sendiri. Macam-macam resipi yang telah dikongsikan di laman web.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan versi snek sejuk beku yang lebih sihat, anda boleh cuba buat sorbet. Ia sama saja dengan ais krim tapi sorbet tidak mengandungi krim atau susu.

Sorbet ini pun mudah sangat untuk dibuat, tak payah pakai ice cream machine pun. Jadi kalau nak, anda boleh minta anak anda untuk tolong sekali di dapur.

Di bawah ini ada resipi ringkas untuk 4 jenis hidangan sorbet yang menggunakan buah-buah yang berlainan, iaitu strawberi, blueberi, tembikai susu (honeydew) dan pic (peach).

Yang seronoknya, setiap satu daripadanya hanya menggunakan 2 jenis resipi: buah dan madu.

Hasilnya ini mesti menjadi kegilaan bukan saja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga. Yalah, siapa tak suka snek yang sejuk dan manis-manis?

Lagipun, bahan-bahan ramuannya semula jadi. Tak salah kalau makan banyak-banyak pun, kan?

Selamat mencuba!

1. Strawberi

Bahan-Bahan

  • 450 gram buah strawberi
  • ¼ cawan madu

Cara Penyediaan

  1. Dengan menggunakan straw, tebuk lubang di tengah-tengah buah strawberi untuk membuang daunnya.
  2. Belah dua setiap biji strawberi itu dan letakkan di atas kertas minyak. Sejuk bekukan hingga keras.
  3. Masukkan strawberi beku dan madu ke dalam mesin food processor dan blend hingga bergabung dengan rata.
  4. Pindahkan ke dalam loyang roti (loaf pan) dan sejuk bekukan sepenuhnya.

2. Tembikai Susu

Bahan-Bahan

  • 1 biji tembikai susu
  • ¼ cawan madu

Cara Penyediaan

  1. Belah dua dan buangkan biji. Potong hingga menjadi kepingan kecil dan buang kulitnya.
  2. Pindahkannya ke atas kertas minyak dan masukkan dalam peti ais hingga frozen.
  3. Masukkan tembikai susu beku dan madu ke dalam mesin food processor dan blend hingga bergabung dengan rata.
  4. Pindahkan ke dalam loaf pan dan sejuk bekukan sepenuhnya.

3. Blueberi

Bahan-Bahan

  • 450 gram buah blueberi, disejuk bekukan
  • ¼ cawan madu

Cara Penyediaan

  1. Masukkan blueberi frozen dan madu ke dalam mesin food processor dan blend hingga bergabung dengan rata.
  2. Pindahkan ke dalam loaf pan dan sejuk bekukan sepenuhnya.

4. Peach

Bahan-Bahan

  • 450 gram buah pic, disejuk bekukan
  • ¼ cawan madu

Cara Penyediaan

  1. Masukkan pic frozen dan madu ke dalam mesin food processor dan blend hingga bergabung dengan rata.
  2. Pindahkan ke dalam loaf pan dan sejuk bekukan sepenuhnya.

Sumber: Tasty

Ad Ops