‘Maaf…It’s TOO MUCH Untuk Marketing’, Fazley Yaakob Tegur Jutawan Kosmetik

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil memberi teguran kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan tindakannya di konsert Gegar Vaganza 5, malam tadi.

Dalam hantaran yang dibuat di laman Instagramnya, Fazley menegur cara jutawan kosmetik itu yang seolah-oleh memperlekeh imej salah seorang penonton di dewan.

“ Maaf… it’s too much jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk jual jenama bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk mencantikkan seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya” katanya.

Dalam masa sama, Fazley sempat berpesan memasarkan produk perlu dengan cara yang bijak dan bukan melulu. 

“ Kaya tak menjamin adab dan kebijaksanaan. Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan sebelum bara menjadi api besar yang menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya,” katanya.

Apapun, jutawan kosmetik itu telah memohon maaf secara langsung semasa program itu bersiaran secara langsung.

SGMS Faida