Persembahan Pembukaan #AJL34 Tonjol Kelainan Dengan Warna – Warna Suara

Persembahan pembukaan AJL 34 yang berlangsung di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dilihat begitu memukau. 

Mengangkat tema warna-warna suara, persembahan pembukaan AJL 34 menerima sambutan hangat daripada penonton dimulai dengan persembahan dan nyanyian istimewa daripada kumpulan koir yang dipimpin Dato Shafinaz Selamat.

Persembahan seterusnya diteruskan dengan nyanyi an daripada penyanyi lagenda seperti Misha Omar, Adibah Noor, Hazami, Jaclyn Victor dan Lah Ahmad. 

Membawakan lagu-lagu yang pernah tercalon untuk AJL, persembahan pembukaan AJL 34 dilihat membawa  penonton mengimbau nostalgia lama. 

Paduan suara dan duet daripada Black dan Jaclyn Victor menerima tepukan gemuruh daripada penonton sekaligus membawa penonton mengimbau nostalgia saat Black dan Jaclyn Victor merangkul Anugerah Juara Lagu suatu ketika dahulu. 

Gabungan suara daripada penyanyi- penyanyi ini sekaligus menonjolkan kelainan dan kekuatan suara Jangan lupa layari www.xtra.com.my untuk menonton persemabahan live AJL 34 dan layari Youtube TV3 MALAYSIA OFFICIAL. 

Kredit foto: TV3 Malaysia

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”