Karpet Merah #AJL34 Lebih Bergaya Dan Stylo!

Bahang #AJL34 semakin memuncak dan kehangatan anugerah ini kini semakin dirasai. Seiring dengan tema ‘Warna-Warna Suara’ jom kita tengok sikit fesyen artis kesayangan korang di Karpet Merah #AJL34 stylo ke idok?

Nampaknya finalis #AJL34,  Masdo tampil dengan style dan gaya santai mereka yang cukup bersahaja. Namun, bagaimana agaknya persembahan mereka nanti? Sama-sama kita tunggu!

 

Wow! Walaupun tidak tercalon sebagai finalis, namun kehadiran Nabila Razali cukup  memeriahkan suasana dengan persalinan beliau yang cukup ringkas tetapi sweet!
Dengan gaya slow mo, penyanyi lagu Bangun ini tampil dengan fesyen yang cukup ringkas namun masih mengekalkan identiti penyanyi Hip Hop. Aman Ra juga hadir bersama Navin Navigator pada acara Karpet Merah #AJL34.
Alamak! Marina pun datang Karpet Merah #AJL34?  Harap-harap lah Marina tak buat hal kan? Apapun, kehadiran Ain Edruce pada Karpet Merah kali ini betul-betul memeriahkan susana. Tampil anggun dengan memakai suit berwarna hijau lengkap, serta rambut ikal mayang cukup menyerlahkan penampilan Ain. Cun!
Seperti biasa, kehadiran Elizabeth Tan ternyata mencuri tumpuan lensa kamera. Mana taknya, Lizzy yang memakai pendek berona merah ini nyata menyerlahkan penampilan beliau.
Haa, stylo tak artis-artis kita yang lalu di Karpet Merah #AJL34 tadi.
Apapun, teruskan menonton Anugerah Juara Lagu #AJL34 menerusi siaran secara langsung di TV3, Youtube TV3 Official, LIVE TV  di www.xtra.com.my
Dan jangan lupa undi artis kesayangan korang juga di www.xtra.com.my/ajl34
Salma Syahbuddin