Akim & The Majistret RAMPAS Tumpuan Penonton Dengan Magis Tersendiri

Pastinya persembahan memukau Akim & The Majistret menerusi lagu Rampas membuatkan penonton tidak sabar-sabar untuk menyaksikan apakah agaknya persembahan yang bakal dibawakan oleh kumpulan ini.

Namun, persembahan yang diiringi dengan magis ini nampaknya membuktikan Akim & Majistret masih mampu mengekalkan standard nya tersendiri menerusi lagu berhantu ini.

Sumber : Instagram @tv3malaysia

Kemantapan vokal dan karakter yang ditunjukkan oleh Akim menerusi lagu ini ternyata berjaya memukau penonton terutamanya menerusi lagu berhantu ini.

 

Diakhir persembahan, Akim & The Majistret turut memberikan kejutan buat semua penonton Axiata Arena apabila turunnya hujan ‘daun terup’ yang menampilkan wajah-wajah ahli kumpulan itu.
Salma Syahbuddin