Pertama Kali Masuk Separuh Akhir Muzik-Muzik, Muna Shahirah Tiba-Tiba Panik?

Pertama kali berjaya melangkah masuk ke pentas separuh akhir Muzik Muzik, penyanyi Muna Shahirah berkongsi pengalaman mencemaskan.

Muna yang menyampaikan lagu Teguh Setia pada malam tadi memberitahu dia berdepan dengan masalah kaki cramp yang menyebabkan dia akhirnya naik ke pentas berkaki ayam.

“Sebab tak selesa berada di pentas dengan berkasut tinggi akhirnya saya membuat persembahan tanpa memakai kasut. Sewaktu sesi raptai saya sudah rasa kaki cramp lalu saya meminta izin dari pihak pengurusan sama ada saya boleh membuat persembahan tanpa kasut.

“Alhamdulillah mereka memahami tambahan pula busana saya juga labuh,” katanya kepada Xtra.

Kata penyanyi berusia 25 tahun ini, dia juga bersyukur persembahannya menerima respon baik daripada penonton.

“Bila tengok orang bersorak, saya seronok dan tidak sangka. Ini kerana orang hanya tahu lagu tetapi tidak tahu siapa penyanyinya.

“Bagi saya, better late than never. Biarlah lambat orang kenal siapa Muna asalkan saya dikenali kerana bakat bukan kisah-kisah kontroversi,” akhirinya.

Sementara itu, lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Naim Daniel dipilih sebagai lagu terbaik pada separuh akhir kedua Muzik Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

SGMS Faida