Pertemuan Siti Nurhaliza Dengan MPK Jadi Bualan Netizen

Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin tiba di Menara Ilham, hari ini untuk pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan.

Difahamkan, penyanyi bergelar jutawan itu dijangka untuk memberi penerangan kepada Majlis Penasihat Kerajaan berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.

Penyanyi popular berusia 39 tahun ini masuk ke bangunan tanpa ditemani pengurus dan dilihat memakai persalinan biru muda.

MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainudin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.

Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.

Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi dan ketua perniagaan selepas penubuhan Kabinet.

Dalam masa sama, pengguna di media sosial turut tertanya- tanya dan berbincang mengenai pertemuan penyanyi nombor satu negara itu dengan Majlis Penasihat Kerajaan.

 

 

SGMS Faida