Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati.

Menerusi video berdurasi 13 saat yang dikongsikan oleh @kittymeow656 di akaun TikTok, Asma menerangkan berkenaan ciri-ciri sahabat sejati yang harus dijaga kerana untuk mencari seorang sahabat yang baik bukanlah satu perkara mudah.

“Sahabat yang baik, dia sentiasa bersama. Saat kita jatuh, ataupun saat kita bangkit, saat kita lalai ataupun saat kita ingat,” jelas Asma.

Selain itu, netizen bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Asma itu dan berpendapat tidak semua sahabat sanggup bersama-sama ketika kita berada dalam kesusahan.

Malah akan ada yang meninggalkan sahabatnya kerana tidak mahu menyusahkan diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur mereka kerana dihadirkan dengan rakan-rakan yang baik.

Ada juga dalam kalangan mereka yang ‘tag’ sahabat masing-masing di ruangan komen.

“Alhamdulillah, semoga kita dikurniakan sahabat yang baik dan diri kita sendiri jadi sahabat yang baik,” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 43,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati.

Menerusi video berdurasi 13 saat yang dikongsikan oleh @kittymeow656 di akaun TikTok, Asma menerangkan berkenaan ciri-ciri sahabat sejati yang harus dijaga kerana untuk mencari seorang sahabat yang baik bukanlah satu perkara mudah.

“Sahabat yang baik, dia sentiasa bersama. Saat kita jatuh, ataupun saat kita bangkit, saat kita lalai ataupun saat kita ingat,” jelas Asma.

Selain itu, netizen bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Asma itu dan berpendapat tidak semua sahabat sanggup bersama-sama ketika kita berada dalam kesusahan.

Malah akan ada yang meninggalkan sahabatnya kerana tidak mahu menyusahkan diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur mereka kerana dihadirkan dengan rakan-rakan yang baik.

Ada juga dalam kalangan mereka yang ‘tag’ sahabat masing-masing di ruangan komen.

“Alhamdulillah, semoga kita dikurniakan sahabat yang baik dan diri kita sendiri jadi sahabat yang baik,” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 43,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

Halimey Zamal