Apa Nabila Buat Untuk Tiru Che Ta?

Pelakon, Nabila Huda mengakui teruja menggalas tanggungjawab sebagai pengacara kerana dapat membawakan pelbagai watak saban minggu.

Bintang filem Munafik itu berkata, rakan pengacara gandingannya, Nabil Ahmad turut terhibur dengan karakter yang dibawakan. Menurutnya, dia enggan terikat dengan satu watak saja di pentas.

“Saya teruja membawakan watak gandingan hos bersama Nabil kerana bebas untuk menukar karakter setiap minggu. Contohnya, saya pernah menjadi tukang cuci, jurujual alat solek dan minggu lalu sebagai Che Ta.

“Paling menarik, Che Ta meminjamkan  saya pakaiannya, bag tangan, kasut, barang kemas dan banyak lagi. Selain berpakaian sepertinya, saya turut disolek seperti solekan Che Ta sendiri.

“Tidak sabar untuk melihat reaksi penonton pada mungkin akan datang pula. Saya ingin memberi perspektif berbeza dalam bidang pengacaraan,” katanya kepada Xtra.

Nabila bertanggungjawab mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar bersama Nabil Ahmad.

Bercerita mengenai sambutan Aidiladha pada tahun ini, Nabila mencuri masa memasak di rumah bapanya, Amy Search di sebalik jadual kerja yang padat.

“Selain komitmen sebagai pengacara, saya turut terikat dengan latihan Ola Bola The Musical. Tidak sangka penuh pula jadual saya pada bulan ini,” kata Nabila.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida