Categories: HiburanOMG

POLIS BERI TEMPOH SAMPAI ESOK, BEKAS PENYANYI SILA TAMPIL KE DEPAN

Selepas penahanan pelakon Sofi Jikan, polis meminta dua lagi individu untuk tampil membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil. Siapa gerangan individu itu agaknya?

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, antara individu yang perlu tampil ialah bekas penyanyi sebuah kumpulan R&B.

“ Kita beri tempoh sehingga esok untuk orang berkenaan tampil bantu siasatan. Kita telah berhubung dengan dua individu berkenaan dan meminta mereka tampil bagi membantu siasatan,” katanya memberitahu salah seorang daripada mereka dipercayai berada di Johor Bahru.

 

Terdahulu, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Tambah Mazlan, pihak Polis akan bertindak tegas termasuk menyiarkan gambar mereka jika gagal tampil ke depan.

Kelmarin, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam selepas dia hadir memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Dia direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SGMS Faida