Categories: HiburanSelebriti

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Finalis Anugerah Juara Lagu 32 ini semakin menjadi-jadi dengan timbulnya gosip mengatakan beliau dan rakan duetnya itu sedang hangat bercinta. Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja.

“Orang mungkin terdengar saya panggil Erni sayang dan macam-macam orang boleh cakap. Jujurnya kami tak bercinta pun dan panggilan itu sekadar gurauan kerana ia adalah sahabat baik saya. Terus terang terkejut juga saya apabila gosip mengenai perkara itu keluar memandangkan tiada apa yang berlaku di antara kami.” Katanya.

Tambahnya lagi, Syamel sebenarnya tidak mempunyai sebab untuk menyorok hubungannya dengan Erni sekiranya benar mereka bercinta. Bagi Syamel apa yang penting buat masa sekarang ialah mengumpul harta untuk masa depannya.

“Buat masa ini fokus saya nak  kumpul duit beli kereta, beli rumah dan untuk itu saya tiada masa bercinta kerana bimbang konsentrasi terganggu,” Jelasnya.

Syamel ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis dibawah label Rocketfuels di Red Box Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Salma Syahbuddin