Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

KENTANG GORENG RAWAT MASALAH BOTAK?

Wah, berita baik untuk penggemar kentang goreng! Selama ini kentang goreng selalu dikaitkan sebagai makanan yang mengundang masalah kesihatan. Maklumlah, melihat kepada kuantiti minyak dalam kuali, boleh pengsan dibuatnya…

Baru-baru ini kajian oleh saintis di Jepun menemui ubat untuk masalah rambut gugur @ botak. Ubat yang diperkatakan itu terkandung dalam kentang goreng McDonald’s. Wow, menarik ni!

Penyelidikan dibuat terhadap seekor tikus dengan menggunakan dimethylpolysiloxane dalam usaha menumbuhkan rambut dan hasilnya…positif!

Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal menunjukkan bahawa kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia.

Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu, penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini.

HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Dalam masa beberapa hari, Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang yang telah dipindahkan ke atas tikus tersebut.

Kaedah ini begitu sangat kuat dan meyakinkan. Kami harap ia boleh membantu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia seperti masalah alopecia,” kata Fukuda.

 

Sumber: Newsweek

SGMS Faida