Popular Sebagai Penyanyi, Afieq Shazwan Tak Minat Berlakon Teater Lagi?

Sebelum melangkah naik ke pentas Big Stage, penyanyi Afieq Shazwan pernah bergelar pelakon teater.

Afieq atau Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ketika ditemui di Majlis Pelancaran Vivo V11 semalam memberitahu dia rindu untuk kembali ke pentas teater.

“ Rasa rindu nak balik ke set teater tu memang sentiasa ada. Cuma masa membataskan saya berbuat demikian.

“ Teater ini ibarat kelas lakonan saya. Yang paling saya rindu adalah waktu bonding session dengan para pelakon terlibat,” katanya kepada xtra.com.

Afieq pernah memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil dalam pementasan teater Tun Mahathir 1 & 2 di mana teater ini turut dilakonkan oleh Zizan Nin dan Erra Fazira.

“ Jadual latihan untuk teater pula agak panjang dan memerlukan komitmen penuh daripada setiap pelakon.

“ Buat masa ini saya sedang sibuk di pentas Big Stage dan sebelum ini dengan tawaran nyanyian. Atas sebab itu, saya terpaksa tolak.

“ Memang rindu nak naik pentas teater cuma daripada menyusahkan pihak produksi, baik saya tolak,” katanya jujur.

Selain teater, Afieq juga pernah membintangi drama dan siri televisyen Idola Kecil Cindarella Stories, Idola Kecil The Series, Elly & Epit dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

SGMS Faida