“Potong Usus Ke?” – Sharifah Shahirah Beri Penjelasan Sebab Badan Anak Sulung Makin Ramping

Pelakon Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera tampil beri penjelasan tentang tubuh badan anak sulungnya, Allisya Tahir yang kini semakin ramping.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, ramai yang menganggap anaknya menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus.

Menurutnya, anak sulungnya memang berhasrat untuk menjalani pembedahan bariatrik namun terpaksa dibatalkan setelah mengetahui kos sebenar pembedahan itu.m

“Haa ni anak kita ramai tanya. Potong usus ke? Memang nak potong masuk hospital. Nak sangat buat. Sekali, tengok duit tak cukup. Mak dia..baik aku bayar rumah, buat rumah kebun. Mak job tak banyak,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mencadangkan anaknya itu menyertai program kecergasan yang disertai adiknya, Sharifah Sakinah dan bersyukur Allisya berjaya menguruskan badan dalam masa satu tahun.

“Jadi cakap kat dia, puasa la Allisya. Kau ikut mak cik kau lompat-lompat @hemmafit. Tahan makan, makan makanan sihat. Sampai pengsan-pengsan kediri nak kurus. Tapi Alhamdulillah berjaya dalam setahun,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas perubahan positif yang berjaya dilakukan anaknya itu.

Maya Basir