“Macam Ni Punya B*doh Pun Ada” – Label Khairul Aming Sebagai Berhala, Ramai Netizen ‘Naik Angin’

Baru-baru ini, usahawan selebriti terkenal Khairul Aming terpalit dengan tuduhan kononnya beliau merupakan salah seorang pengikut Freemason dan digelar sebagai berhala yang disembah oleh orang ramai.

Menurut individu yang dikenali sebagai @InsanKamil, ketika ini ramai yang menyembah Aming dan menjadikannya sebagai inspirasi dalam kehidupan dan perkara tersebut perlu dijauhkan kerana ia merupakan berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia.

Bahkan, golongan yang menyembah Aming tidak akan mendapat sebarang manfaat dan menegaskan Allah sahaja yang mampu menyelamat dan melindungi manusia.

Perkongsian yang dimuat naik oleh individu tersebut sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkannya sebagai tidak waras kerana sanggup melemparkan tuduhan sedemikian.

Sementara itu, netizen juga berpendapat Khairul Aming hanya dijadikan sebagai idola dan contoh yang baik memandangkan beliau sudah banyak mencipta kejayaan pada usia yang masih muda selain mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang.

 

 

Salma Syahbuddin