Kongsi Foto Bilik Di UK, Netizen Tergamam Kasih Iris Leona Dedah Harga Sewa RM976 Seminggu!

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi foto bilik asrama yang didiaminya di United Kingdom.

Menerusi akaun Twitter, Leona berkongsi foto keadaan bilik asrama kepada warganet yang sering memintanya untuk lakukan ‘room tour’ selepas selesai mengemas.

“Malam pertama di dalam bilik asrama saya,” tulisnya.

Perkongsian foto tersebut memperlihatkan bilik asramanya yang sangat selesa dan dilengkapi dengan katil, almari, meja belajar serta tandas peribadi.

Apa yang mengejutkan, Leona turut mendedahkan bahawa biliknya itu disewa pada kadar harga 196 Pound Sterling bersamaan RM976 seminggu.

Susulan perkongsiannya, ramai pengguna di Twitter memintanya untuk membuat video ‘room tour’ di Youtube.

Ramai yang membandingkan bilik asrama yang diduduki Leona dengan bilik asrama di institusi pengajian di Malaysia.

Atiqah Johari