[VIDEO] Bawa Pekerja Naik Pesawat Mewah, Netizen Kagum Dengan Layanan Hanis Zalikha

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dilihat bercuti ke sebuah pulau sekali lagi menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, Hanis Zalikha ini membuatkan ramai begitu tertarik apabila dia membawa team Cakenis bercuti ke Pulau Redang.

Lebih menarik, pasangan selebriti tersebut membawa team Cakenis menaiki satu kapal terbang bersama.

“1 flight untuk team Cakenis,” ujar Hairul Azreen menerusi video yang dikongsinya.

@hairul_azreen881 flight untuk team Cakenis

♬ original sound – Hairul Azreen

Percutian ke pulau bersama team Cakenis itu juga turut ditemani dua cahaya mata pasangan tersebut iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pasangan terbabit yang sentiasa menghargai pekerja mereka, malah ada juga berseloroh bertanyakan kerja kosong kerana melihatkan layanan istimewa yang diberikan itu.

Sumber: TikTok @hairul_azreen88

Khairil Khusyairi