Categories: HiburanSelebriti

PRINCHIQY DINZLY MOHON MAAF, AKUI TERLAMPAU ASYIK TENGOK ALTIMET?

Selepas pelbagai kontroversi timbul akibat dakwaan mahu menceroboh persembahan Altimet semasa Anugerah Juara Lagu 32 lepas, akhirnya Iqram tampil memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut.

Pelakon Iqram Dinzly atau mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly ini, menyatakan permohonan maaf beliau kepada Altimet dan semua pihak yang terlibat kerana beliau sendiri mengakui dirinya itu terlampau asyik melihat persembahan bertenaga daripada Altimet. 

Menurut Iqram, dia langsung tidak terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Altimet sebelum ini. Kerana, itu memang kesilapan yang tidak patut dilakukan olehnya.

“Memang silap saya, saya minta maafkepada Altimet, saya “naik sheikh” melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau. Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut. Saya anggap sebagai teguran. In syaa Allah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat.”

Tambahnya lagi, berkenaan isu dakwaan yang mengatakan beliau beberapa kali mahu menceroboh persembahan Altimet pada malam itu, Iqram sama sekali menafikannya. Kerana, menurut beliau selepas sahaja dihalang buat pertama kali, beliau terus sahaja ke backstage untuk sesi temu ramah.

Apapun, pada malam tersebut Iqram berjaya melobos pentas AJL 32 dengan menari bersama Hael bagi meraikan kemenangan penyanyi itu apabila dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu 32. 

Salma Syahbuddin