Categories: Selebriti

SAMBUTAN BERBEZA TAHUN INI, ALVIN CHONG RALAT

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada pelakon dan penyanyi meningkat naik, Alvin Chong! Kebiasaanya, di musim perayaan ini pastilah semua yang menyambutnya pulang ke kampung halaman masing-masing kan?

Berlainan bagi Alvin yang kini dikenali di kalangan peminat melayu, anak jati Pulau Pinang ini memberitahu dia akan pulang ke negeri kelahirannya tetapi untuk sehari sahaja.

Bukan apa, sejak pemergiaan datuk dan neneknya, Alvin dan keluarga berasa agak ralat.

“ Sambutan Tahun Baharu Cina memberi makna berbeza buat kami sekeluarga. Ketiadaan datuk dan nenek membuatkan pada tahun ini membuatkan sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun ini menjadi tempoh paling pendek saya berada di Pulau Pinang. Mungkin pada hari kedua perayaan itu nanti saya sudah pulang ke ibu kota kerana ada kerja perlu dilangsaikan,” katanya.

Memetik kenyataan Alvin menerusi BH Online, Alvin meluahkan sambutan tahun ini seperti kosong memandangkan ketiadaan datuk dan neneknya yang sudah tiada.

” Kebiasaanya, kami pulang ke kampung untuk beraya bersama mereka,” katanya.

Namun begitu, Alvin tetap ceria dengan kelainan untuk sambutan tahun ini apabila bakal menyambut ‘orang baru’.

“ Kedua-dua adik saya pulang membawa teman wanita mereka untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama. Keluarga kami kini bagai menjadi lebih besar dengan kehadiran mereka berdua,” katanya.

 

SGMS Faida