Categories: HiburanSelebriti

Priyanka Chopra Bakal ‘Bridesmaid’ Meghan & Putera Harry?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan Putera Harry, 34,  yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei 2018 nanti.
Sumber yang dipetik daripada beberapa portal luar negara  melaporkan walau pun belum ada kata putus atau pengesahan daipada Priyanka, 36,  namun beberapa media Inggeris sudah ada yang melaporkan Priyanka bakal menjadi ‘bridesmaid’ Megan Markle.
Ketika ditanya hal berkenaan, Priyanka sekadar menjawab, “Ko orang akan tahu ketika pernikahannya berlangsung nanti,” Priyanka berkata demikian dalam temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar baru-baru ini.
Apa pun yang pasti Priyanka dan Megan memang berkawan rapat sejak mereka bertemu di Amerika Syarikat malah Priyanka merupakan orang pertama yang menyampaikan ucapan tahniah ketika   pasangan diRaja itu  bertunang pada bulan November tahun lalu.
Putera Harry atau nama sebenarnya  Henry Charles Albert David merupakan pewaris kelima takhta diraja Britain sementara Rachel Megan  Markle, popular menerusi drama te­levisyen AS, Suits.Hari perkahwinan Megan dengan putera kedua Puteri Diana dan Putera Charles itu khabarnya menelan kos kira-kira setengah juta pound dan dijangka berlangsung di Gereja St. George di Istana Kota Windsor, England.
Credit pic: Indianexpress.com
SGMS Putri