Categories: HiburanSelebriti

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Populariti pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra semakin meledak selepas mereka berkahwin. 

Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kehadiran anak mereka, mesti comel kan? 

Priyanka ketika ditemubual oleh media barat memberitahu dia dan Jonas tidak tergesa dalam soal zuriat.

” Kami tahu miliki zuriat adalah penting tetapi kami tidak mahu terlalu memikirkannya,” kata Chopra Jonas kepada Daily Mail.

Tambah Priyanka yang hadir bersama suami di majlis gala filem terbarunya, Isn’t It Romantic? memaklumkan dia dan suami kini sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak menafikan ‘berkahwin’ dengan kerja.

” Kami saling menyokong antara satu sama lain. Saya rasa soal zuriat, ia akan direalisasi secara semulajadi,” katanya. 

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

Priyanka Chopra mengahwini penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Nick Jonas awal Disember lalu di salah satu istana paling mewah di India.

SGMS Faida