Categories: HiburanSelebriti

‘Tak Sempat Rasa Sakit Baby Dah Keluar’- Ayu Raudhah Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Keempat

Pelakon Ayu Raudhah mengumumkan selamat melahirkan anak keempat, semalam. 

Menerusi laman IGnya, isteri kepada pemain bola Zaquan Adha ini meluahkan rasa syukur apabila melahirkan anak lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan swasta. 

” Allah Hu Akbar! Syukur Ayu telah selamat melahirkan anak ke 4…It’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezekinya dan pengalaman setiap anak lain-lain apa pun. Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin.

” Rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat doctor sambut. Kali ni betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban dan contraction, bukaan 3 cm -10 cm dalam satu jam lebih,” luahnya gembira.

Kata pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini, Ayu lega apabila tidak mengalami sebarang komplikasi dan sakit pula hanya sekejap ketika melahirkan. 

” Maybe sebab anak ke empat. Sebelum ini baby girl memang la senang, sebelum tu 2 boys dengan bantuan epidurals so tak sempat nk rasa sakit.

” Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural sebab dia tak sanggup tengok Ayu sakit. Kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experiences besalin betul-betul sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap,” luahnya gembira.

Ayu turut berterima kasih kepada suami dan ibunya yang menjaganya sepanjang berada di dalam hospital. 

” Terima kasih sentiasa ada utk ada untuk I @zaqone_08. Mama of course, mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia. Betul tak? Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta menjadi ladang pahala dan rezeki,” akhirinya.

Pasangan ini berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. 

Ayu dan Zaquan memiliki tiga cahaya mata comel iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4 dan Laura Zuleykha, setahun. 

SGMS Faida