“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

Produser terkenal Datuk A. Aida mengakui nasibnya kurang baik di dalam melayari bahtera rumah tangga apabila perkahwinan keempatnya dengan pelakon muda yang berbadan sasa, Ariff Aziz juga berakhir dengan penceraian pada pertengahan tahun ini. 

Walaupun ramai jejaka yang cuba menggoda dan mendekatinya, A. Aida tidak lagi mahu terburu-buru dalam mendirikan rumahtangga dan mahu memberi fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu. 

“Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengurat saya tu, puas tangan nak menepisnya.  Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap. 

“Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu.  Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.  Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak.  

“Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” kata A. Aida kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini. 

Tambah A. Aida, dia merasa sebak apabila teringat kata-kata ibunya yang pernah berkata dia memiliki harta dan kekayaan tetapi tidak bahagia dalam perkahwinan. 

“Betullah kata arwah mak dulu, Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini,” katanya lagi. 

Walau bagaimanapun, A. Aida masih kekal optimistik dan berkata seandainya satu hari nanti dia dipertemukan dengan seseorang yang mampu membuka hatinya untuk menerima cinta dan diberikan rezeki untuk berkahwin lagi, dia tidak akan menolak. 

Kredit Foto: Instagram @a_aidaproduction

Del14