Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Pelakon cantik, Siti Saleha mengakui pengunaan media sosial banyak manfaat kepada golongan selebriti kini untuk tujuan perniagaan atau mencipta publisiti.

Menurut laporan Harian Metro, Siti Saleha atau lebih mesra disapa Sally ini, dia tidak gemar menggunakan pendekatan tersebut untuk mencipta publisiti murahan.

Malah memberitahu, dia berhati-hati dalam memuat naik sebarang hantaran di media sosialnya.

“Kalau saya nak muat naik sesuatu dalam media sosial, saya akan tanya orang dulu. Saya akan fikir dua tiga kali.

Tambah pelakon drama popular TV3, 7 Hari Mencintaiku ini lagi, dia akui ada peminat yang tercari-cari apabila media sosialnya tiada sebarang kemas kini.

“Saya hilang seminggu dari media sosial peminat sudah tanya macam-macam. Kadang-kadang selebriti juga perlu tempoh bertenang. Tapi saya faham orang ramai prihatin sebab kita orang dikenali.

“Kalau nak kongsi perihal berkaitan kerja, saya tiada masalah tapi kalau setiap benda nak ‘post’ dalam media sosial atau bangkitkan isu sensasi, itu bukan saya dalam kehidupan sebenar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Catwalk Bersama Siti Saleha & Hisyam Hamid, Ramai Tak Keruan Tengok Aiman Hakim – “Tengok Dia Jalan Pun Dah Melting”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Berdarah Kacukan” – Selepas 10 Bulan Solo, Siti Saleha Akhirnya Temui Pengganti?

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Jumpa Pengganti Baru, Siti Saleha Bimbang Ulang Kesilapan Lama – “Saya Tidak Mahu Terlalu Cepat…”

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi