Puji Bella Astillah Lebih Matang, Aliff Aziz Takkan Berlakon Dengan Sophia Albarakbah Lagi – “Dia Hanya Ingin Terbaik Untuk Saya”

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuji sikap isterinya, Bella Astillah yang kini lebih matang dan rasional dalam menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Enggan peristiwa lalu berulang kembali, Aliff mengakui dirinya kini memilih untuk sentiasa dekat dengan isteri dan berbincang segala masalah yang timbul.

“Alhamdulillah, kami lebih terbuka, isteri saya berbeza berbanding dahulu. Dia lebih matang dan rasional, boleh duduk bersama dan berbincang.

“Bagi saya, saya tahu it’s a very fragile moment for her as well. Saya banyak luangkan masa untuk sentiasa berkomunikasi. Jadi kalau ada apa-apa, dia ada seseorang untuk berkongsi.

“Sebab saya rasa dia ada banyak ruang di mana orang lain yang mungkin tidak ada disekelilingnya akan bercakap itu ini. Sometimes benda tu bila dalam fragile moment dia akan jadi sangat bahaya.

“Jadi saya banyak bersama dengan dia untuk menjawab segala kemusykilan dalam diri dia. Macam saya katakan, Bella takkan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa,” katanya.

Terdahulu, Bella telah mendedahkan seorang pelakon wanita cuba mendekati dan menaruh perasaan terhadap suaminya.

Malah, Aliff juga tampil meleraikan segala persoalan dan menyatakan pelakon wanita itu adalah Sophia Albarakbah yang menjadi punca rumah tangga mereka bergolak.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Menurut Aliff, dia mula sedar isu itu berlaku selepas isterinya memaklumkan perkara tersebut kepadanya.

Bahkan, penyanyi itu juga mengambil pendekatan untuk tidak berbincang dengan aktres tersebut bagi mengelakkan ketegangan yang berlaku.

“Saya dapat tahu dari isteri saya. Untuk mengelakkan ketegangan yang berlaku, kita tak banyak bercakap tentang perkara ini di tempat kerja.

“Sebab saya rasa tak adil untuk produksi yang lain kalau kita terbawa-bawa dengan isu yang berlaku. Jadi kami tidak ada sebarang perbincangan di set,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah Tak Muncul Di Sidang Media Saat Akhir – “Terpaksa Selesaikan Shoot, Nak Ke Jakarta Esok”

 

Dalam pada itu, Aliff juga menyatakan dirinya akur dengan keputusan isterinya untuk tidak berlakon bersama pelakon wanita itu di masa akan datang.

“Saya rasa isteri saya ada beritahu. Untuk menghormati isteri saya, saya rasa dia hanya ingin yang terbaik untuk saya tidak ada isteri yang nak yang tak baik berlaku pada suaminya.

“Jadi bila isu ini berlaku, saya bersetuju dan saya tengok dari sudut positif,” katanya.

Aliff juga menyatakan dia tidak kisah sekiranya selepas ini Bella ingin mengikutnya ke set penggambaran sekiranya itu boleh mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Bukti Perbualan, Simpan Nama ‘Sophia B**sia’ Di WhatsApp… Netizen Tuduh Bella Astillah ‘Over’

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

Fatin Nurain