[VIDEO] Pecah Perut! Ibu Nubhan ‘Reject’ Fiza Sabjahan Jadi Menantu Buat Netizen Berdekah – “Tolak Depan-Depan Sebab Gaji Besar”

Ibu kepada penyanyi, Nubhan Ahmad yang mesra disapa Mak Jenny itu sering menjadi perhatian ramai dek celotehnya yang sering mencuit hati ramai.

Berdasarkan sebuah program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nubhan dan Mak Jenny dijemput menjadi tetamu jemputan serta memasak menu rendang ayam cili api dan mi loka secara langsung.

Perbualan tersebut bermula selepas pengacara, Uyaina bertanya sekiranya Mak Jenny mempunyai anak yang masih belum berkahwin.

Menurut Mak Jenny, dia mempunyai seorang anak lelaki berumur 41 tahun yang masih belum bertemu jodoh.

Susulan itu, Nubhan lantas bertanya sekiranya mahu pengacara, Fiza Sabjahan menjadi menantu ibunya itu.

Dengan spontan, Mak Jenny menolak Fiza dengan alasan mempunyai gaji sangat besar telah membuatkan ramai pihak berdekah.

“Tak nak dia (Fiza). Dia gaji bosar,” katanya dalam loghat Negeri Sembilan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan celoteh Mak Jenny atas reaksi spontan yang sempat bergurau.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 378,000 tontonan, 11,500 tanda suka dan lebih 200 komen.

 

Aqilah Paharuzi