Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2018 @ 2:00pm

Putus Asa Dalam Hidup? Lirik ‘Bangun’ Nyanyian Aman RA Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda

Dulu asyik mengadu kata aku tak ada apa,

Selagi aku bernyawa, aku rasa aku berharta Akal celik dan jiwa kental benda bukannya murah,

Semua nak ke puncak, tak semua sanggup menghadap susah (brrahhh!)

Aman RA bukan nama asing di dalam dunia hip hop tempatan. Mula mendalami dunia rap sejak zaman sekolah menengah, penyanyi berusia 31 tahun ini banyak menimba pengalaman menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan persembahan di pelbagai acara tertutup.

Kebolehan berkomunikasi baik dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris memudahkan laluannya berganding dengan beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti Altimet, Hunny Madu, Dayang Nurfaizah dan Hazama.

Tidak mahu menumpang populariti nama penyanyi seperti di atas, Aman mengorak langkah dengan menghasilkan lagu-lagu memiliki standard tinggi.

Bukan itu saja, Aman RA juga merupakan penulis lirik dan dalam masa sama dia diberi peluang menyampaikan lagu tema Sukan Paralimpik ASEAN ke 9 berjudul ‘I Am Here’ di Kuala Lumpur.

Dia turut muncul dalam klip video lagu tersebut yang melambangkan semangan mengatasi kekangan, menekankan kejayaan para atlit sukan Paralimpik ASEAN selain diberi peluang tampil di acara pembukaan rasmi Sukan Paralimpik ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 September 2017.

Bukan itu saja, Aman RA telah melancarkan jenama barangannya sendiri iaitu BudakFlat Co dan Boleh Pergi Mampus.

Dan setelah lama menyepikan diri, jejaka ini muncul dengan buah tangan terbaru berjudul BANGUN yang dimuatkan daripada album sulungnya, REBEL.

Menarik tentang BANGUN;

  • Lagu ini merupakan sambungan lagu terdahulu berjudul BUDAK FLAT yang dilancarkan pada 2016.
  • BUDAK FLAT menceritakan kehidupan seorang pemuda yang cuba menjalani hidup di kotaraya pesat. Ia merupakan lagu motivasi agar terus BANGUN dan sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita bekerja keras.
  • Aman mengaku BUDAK FLAT itu adalah dirinya dalam kehidupan realiti di mana dia sentiasa mengejar impian biarpun terpaksa mengharungi dugaan yang ada.

Jom layan BANGUN nyanyian Aman RA di laman Youtube hari ini, liriknya memang padu beb!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Thu, 10 Nov 2022

“Hafal Skrip Berapa Jam Itu Mirul?” – Netizen Terhibur Dengan Gelagat Suami Ain Edruce

Ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dia dan […]

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Fri, 14 Feb 2020

[VIRAL] Isteri Allahyarham Abam Banyak Diamkan Diri, Ibu Pula Sukar Tidur Malam

Moga Allahyarham beroleh keampunan Allah s.w.t dan ditempatkan bersama para solehin. Amiinn.