Events By: SGMS Faida August 26, 2019 @ 6:28pm

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah lelaki terkenal Malaysia, Dato M. Nasir dengan konsertnya yang akan datang sempena merayakan ulang tahun ke-40 keberadaannya dalam industri pada 23 November 2019, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dengan kerjaya yang merangkumi 40 tahun, Dato ‘M. Nasir bakal muncul dengan lebih intim dan peribadi merapati semua penggemar Malaysia dan serantaunya dalam “KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT 40 TAHUN PERJALANAN”.

Konsert dengan durasi dua setengah jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya kerana beliau akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah lagu terkini dengan barisan lagu-lagu hits seperti ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, ‘Mentera Semerah Padi’ ‘Apokalips’, ‘Keroncong Untuk Ana’ dan banyak lagi.

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Dato ‘M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati di mana beliau akan diiringi dengan band lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Terdapat juga segmen kejutan yang akan dipamerkannya di konsert itu.

Tiket berharga RM 860 (Meet &Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak), RM160 (Gangsa). Penjualan tiket konsert akan bermula dari 2 petang, 28hb Ogos 2019 di www.myticket.asia.

Wartawan lokasi: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Uma Thurman, Angelina Jolie “Mangsa” Gangguan Seksual Penerbit?

Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin. Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan penerbit yang mahu mengambil kesempatan

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Konsert Sabyan Gambus Pukau 4,000 Penonton

Rugi siapa yang tak pergi tau!

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#mentor7: ‘Kalau Boleh Saya Nak Megat Dan Pasya Ke Final Tapi Apakan Daya…’ Aizat Sebak Penyingkiran Protege

Ketiadaan Megat di dalam Mentor 7 bukan saja memberi kesan kepada saya dan Pasya malah seluruh pasukan produksi…

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Tiada Lagi Konsert Afgan Di KL?

Omg…betul ke ni?