Rai Hari Jadi Ke 21, Anak Kris Dayanti Dapat Hadiah Mercedes!

Penyanyi Aurel Hermansyah yang merupakan puteri kesayangan kepada Anang Hermansyah dan bekas isteri, Kris Dayanti menerima kejutan sempena ulang tahun ke 21.

Gadis manis ini dilaporkan menerima sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz berwana merah daripada Anang dan ibu tirinya, penyanyi Ashanty.

Menerusi laman Instagram Aurel, gadis ini berterima kasih kepada ibu ‘sambungnya’ itu.

“Tak boleh nak cakap apa lagi. Terima kasih Bunda dan Pipi! Terkejut sangat. Boleh tiba-tiba sampai di Jakarta dan terkejar kapal terbang. Kalian benar-benar terbaik. I LOVE U GUYSS SO MUCH,” tulis Aurel dalam postingannya.

Rata-rata pengikutnya ikut teruja melihat hadiah mewah itu dan dalam masa sama mengucapkan selamat ulang tahun buat Aurel.

Difahamkan, sebelum ini Aurel pernah menerima hadiah kereta sempena ulang tahun ke 17.

Happy Belated Birthday, Aurel!

SGMS Faida