Raja Shahiran Terkejut Lagu It’s A Trap Tembus Pasaran Antarabangsa

Penyanyi Raja Syahiran terkejut apabila single terbarunya It’s A Trap diterima baik di Amerika Syarikat.

Biarpun lagu It’s A Trap’ menggunakan tajuk berbahasa Inggeris namun lirik sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, pemuda berusia 24 tahun ini bersyukur apabila bakatnya mula mendapat perhatian peminat luar negara.

“ Saya tak jangka langsung ada pendengar dari AS berminat mendengar lagu ini memandangkan It’s A Trap bukanlah lagu berbahasa Inggeris, hanya tajuk sahaja.

“ Berita gembira ini diberitahu oleh syarikat pengurusan, Paranormal Records. Dalam masa sama, saya juga berharap muzik video lagu ini dapat mencecah lebih sejuta penonton sebagaimana muzik video single If I Could Go Back terdahulu lakukan,” katanya kepada xtra.

Sebelum ini, video klip If I Could Go Back mendapat lebih satu juta tontonan di laman Youtube. Tahniah Raja Shahiran!

SGMS Faida