Anda suka makan nasi biryani? Kalau suka, anda boleh jadi geng penulis! Haha! Seperti yang kita tahu, hidangan biryani biasanya dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu. Tapi, tak salah rasanya untuk anda jadikan ia sebagai hidangan seharian.
Ini kerana, rasa nasi yang dimasak bersama rempah tertentu pastinya akan mencetuskan selera sesiapa sahaja. Kali ini, penulis nak kongsikan resipi paling mudah untuk memasak hidangan biryani ayam ala India.
Sebenarnya, resipi ini sangat mudah dan cepat! Anda harus menggunakan beras basmathi ya. Jom kita semak cara-cara untuk membuatnya.
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan masukkan ke semua bahan rempah. Biarkan ia masak sedikit. Masukkan bawang, pes halia dan pes bawang putih. Masak hingga menjadi warna keemasan.
2. Perap ayam dengan serbuk cili, kunyit, daun pudina, daun ketumbar, jus daripada lemon, garam masala, yogurt dan garam. Biarkan di dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit.
3. Kemudian masak ayam secara saute selama 3 minit.
4. Masukkan beras ke dalam periuk diikuti dengan ayam tadi. Tambahkan 2 sudu kecil garam dan tiga cawan air. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak.
5. Gaul lembut nasi dan ayam. Kemudian, masukkan bawang yang telah ditumis tadi, saffron dan daun ketumbar.
6. Hidangkan bersama raita (campuran yogurt bersama bawang dan tomato).
Selamat mencuba!
Sumber: Jelita
Ainations mana suaranya?!
Wah fly high girls!