’ Saya Dan Ben Hanya Kawan’, Uqasha Senrose Sedia Bekerjasama Dengan Bekas Kekasih Dalam Spanar Jaya X

Pelakon Uqasha Senrose mengaku sedang mencari lelaki yang ‘sekepala’ untuk membina rumah tangga pada masa depan.

Uqasha ketika ditemui di sidang media sitkom Spanar Jaya X semalam berkata dia masih solo buat masa ini dan masih belum bertemu pengganti.

“ Saya dan Ben Amir hanya kawan baik. Tidak lebih dari itu. Memandangkan kami berdua berlakon dalam sitkom ini, ia memudahkan lagi kerjasama kami di lokasi penggambaran.

“ Kalau boleh saya  mencari lelaki yang serasi, tinggi lampai dan tegap,” katanya. 

Uqasha dan Ben Amir bakal bekerjasama dalam sitkom Spanar Jaya X yang bakal ditayangkan Februari 2019.

Dalam perkembangan lain, Uqasha memaklumkan dia bakal berangkat ke tanah suci minggu depan (26 Disember).

“ Ini merupakan kali pertama saya ke Tanah Suci bersama keluarga. Di sana saya mahu mohon dipertemukan jodoh yang baik.

“ Dalam masa sama, saya doa diberi kesihatan dan tenang dalam menghadapi kehidupan,” akhirinya. 

SGMS Faida