Rakaman Video Syarifah Sakinah Tidak Memberi Kesan – Che Ta

Anda mungkin tidak asing lagi dengan pelakon Syarifah Sakinah yang terkenal dengan lawak selamba dan mulut lantangnya.

Aktress itu, baru-baru ini, memuat naik video menyindir sesetengah  artis yang sanggup menipu dan memperdaya tentang keberkesanan produk kecantikan yang dijual untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Sakinah berpendapat, golongan artis perlu bersikap jujur sebagai peniaga. Mempunyai ramai peminat tidak membolehkan sesetengah selebriti menipu mereka dengan mudah.

Bagaimanapun, ada beberapa rakan artis yang tersinggung dengan kenyataan Sakinah. Namun, bagi Che Ta ia tidak sedikit pun  memberi kesan atau  terasa dengan sindiran tersebut. Malah, Che Ta menyokong pandangan Sakinah walaupun dia turut menjual produk kecantikan serta pelangsingan badan.

Menurut Che Ta, dia tidak pernah menipu pelanggannya dan kebanyakan pelanggannya berpuas hati dengan penggunaan dan hasil dari produknya. Wah, nampaknya berkesan betul produk Che Ta.

“Saya ada tengok video yang dikongsikan Sakinah itu dan sokong apa yang dikatakannya. Saya tahu dia tujukan sindiran tersebut kepada golongan artis yang jual produk kurus sedangkan diri itu memang kurus, masih belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

“Saya sendiri tidak pernah menipu pelanggan, malah mencuba produk keluaran saya dan ia memang berkesan. Bukan apa, selepas melahirkan anak ketiga, Aaisyah Dhia Rana, berat saya naik mendadak. Berat saya pernah mencecah 85 kilogram. Maka, dengan produk saya itu berat badan kembali menurun.” Jelas Che Ta

Sumber: Instagram @rozitachewan1

Keberkesanan sesuatu produk tidak bergantung kepada populariti seseorang ya, jadilah pengguna yang bijak!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops