“Rakyat Malaysia Perlukan Cerita Begini” – Netizen Tak Sabar Kampung People Bakal Kembali

Drama bersiri popular, Kampung People bakal menemui penonton dengan musim ketiga.

Dibintangi oleh pelakon, Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi, Kampung People menjadi fenomena ketika mula bersiaran sekitar akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020.

Terbaharu, pelakon Elly Mazlein ada memuat naik satu rakaman video berserta memberikan bayangan mengenai drama tersebut bagi siri yang ketiga.

“Kampung People 3 bakal membuat hari-hari masyarakat majmuk tak sabar nak tunggu setiap episod.

“Ya Kampung People 3 is under contraction,” tulis Elly Mazlein.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan drama popular tersebut, malah ada yang berpendapat Malaysia memerlukan cerita sedemikian apabila ia tidak sekadar lucu malah memaparkan kisah kekeluargaan.

Sumber: Instagram iamellymazlein

Khairil Khusyairi