[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Heboh di media sosial mengenai sebuah video seorang lelaki yang dikatakan mirip pelakon lelaki terkenal berada di kelab malam dalam keadaan mabuk.

Malah, lebih mengejutkan, video terbabit memaparkan aksi lelaki persis pelakon terbabit bercumbu dengan seorang wanita yang merupakan kekasih orang.

Video yang dikongsikan oleh teman lelaki kepada wanita itu menjadi perhatian warganet di laman sosial Twitter.

Teman lelaki wanita itu turut mendakwa individu dalam video tersebut adalah seorang pelakon dan aktor terbabit menghantarkan mesej kepadanya agar video terbabit dipadamkan.

Meskipun video tersebut tidak begitu jelas kerana keadaan persekitaran kelab malam yang gelap, namun respons rata-rata netizen di Twitter mendakwa lelaki berkenaan adalah seorang aktor terkenal.

Walaubagaimanapun, video dan hantaran yang dibuat oleh teman lelaki wanita terbabit telah pun dipadamkan.

Aqilah Paharuzi