[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Pendakwah selebriti terkenal, Ustazah Asma Harun baru-baru ini tampil mengulas isu berhubung kisah percintaan yang dibenarkan dalam agama Islam.

Menerusi sebuah video temubual bersama Nona, Ustazah Asma’ berkata perjumpaan antara lelaki dan wanita yang sedang ‘bercinta’ perlulah ditemani dengan pihak ketiga.

Bagaimanapun, jelasnya lagi pihak ketiga itu mestilah dalam kalangan keluarga dan sebolehnya bukan dari rakan-rakan.

“Cara bertemu mesti ada mak ayah. Maksudnya semasa berjumpa ada orang lain yang menemani kita, terutamanya mereka yang kita hormati.

“Jangan ajak kawan-kawan. Mereka akan menyokong pasangan ini untuk berjalan berdua.

“Bila bertemu dengan individu bukan mahram, mesti ada orang lain yang kita segan nak buat maksiat.,” katanya.

Sementara itu, Ustazah Asma’ turut berkata ketika berhubung melalui telefon perlulah pada waktu dan sesuai.

“Bila call, jangan pada waktu malam. Panggilan sesama kita juga perlu sesuai. Jadi istilah bercinta sebelum kahwin memang wujud.

“Mesti orang yang nak berkahwin akan ada rasa cinta itu, cuma perlu kawal nafsu agar tidak jatuh ke lembah maksiat,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada ‘dating’ dibenarkan, Ustazah Asma’ berkata perkenalan, persahabat dan pertemuan sebelum nikah itu dibenarkan dengan bersyarat.

Sumber: Nona

Aqilah Paharuzi