Ramai Mengata Anak Bakal Jadi Bini Ke-2, Ini Respons ‘Win’ Azhar Sulaiman

Pelakon Azhar Sulaiman memaklumkan bahawa ramai yang mengatakan anak perempuanya bakal menjadi isteri kedua mahupun isteri ketiga dalam sesebuah perkahwinan.

Tidak cepat melatah, Azhar dilihat tenang membalas kata-kata orang ramai tersebut dengan beberapa syarat.

Katanya, anak perempuannya itu perlu mencari seseorang yang berpelajaran dan jika ditakdirkan anaknya itu bermadu dia berharap lelaki tersebut mampu menjaga dan hormat akan maruah anaknya, mampu urus hubungan dengan baik untuk tidak heboh seMalaysia serta dia akur akan takdir Allah SWT.

“Resmi Mami (Azhar) senang. 1. Terima sesiapa sahaja asalkan ada Degree dalam pelajaran. 2. Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya, keluarga kalau calon sudah berkahwin. 3. Bijak menguruskan hubungan dan jangan sampai kecoh satu Malaysia,” pesan Azhar.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan gaya pemikiran Azhar dan turut percaya apa yang berlaku adalah takdir Allah.

Malah, bapa kepada pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona dan Kasih Ixora Leia itu sempat berseloroh dengan menyatakan anaknya itu suka kepada lelaki berbangsa Cina dan anaknya lah yang akan penat membimbing andai berjodoh.

Atiqah Johari