Jadi Pertikaian! Influencer Dedah Bayar Gaji PA RM2200, Safiey Ilias Pula Mengaku Beri RM1600?

Baru-baru ini, heboh pula mengenai isu gaji pembantu peribadi kepada seorang pempengaruh media sosial yang didakwa tidak berpatutan.

Menerusi perkongsiannya di akaun Tiktok, pempengaruh media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya a/p Lop menyatakan komitmen bulanannya untuk peribadi dan sebagai seorang majikan.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah Shaniena atau mesra dipanggil Niena memaklumkan bahawa gaji sebagai pembantu peribadinya memperoleh sebanyak RM2,200 sebulan.

Susulan itu, ramai warganet mempersoalkan jumlah gaji tersebut kerana komitmen untuk pakaiannya lebih mahal daripada gaji asas pembantunya yang dikatakan tidak berbaloi dengan tugas.

Tidak cepat melatah, Niena tampil memperjelaskan perkara sebenar dengan menyatakan bahawa dia juga menanggung perbelanjaan lain untuk pembantu peribadinya itu.

Malah, usahawan sensasi, Safiey Illias atau nama barunya NurWanita Betyna dilihat menyokong Niena dan menganggap gaji asas yang diberikan adalah berbaloi.

Tambah, Safiey turut berkongsi bahawa dia membayar gaji pembantu peribadinya berjumlah RM1,600 sahaja tetapi turut menanggung perbelanjaan lain.

Walaubagaimanapun, rata-rata warganet meminta kedua-dua individu tersebut untuk menaikkan gaji pembantu peribadi mereka.

Atiqah Johari